PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI SAINS UPM

Assalamualaikum,

Untuk entry kali ni, saya ceritakan pasal pengalaman menghadiri temuduga bagi jawatan PENOLONG PEGAWAI SAINS di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM). Jawatan ni hanya sementara atau lebih dikenali PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH). Gaji yang ditawarkan rm54/ sehari. Selalunya PSH ni depends pada majikan nak bayar gaji berapa ikut kelayakan. Untuk jawatan ni paling minima kelayakan SPM, sebab tu kadar bayaran cuma rm54/sehari Tapi saya tak kisah pun, yang penting pengalaman kalau dapat kerja ni. Dapat tahu pasal jawatan ni melalui Whatsaap. Try nasib minta, Few days later alhamdulillah dipanggil temuduga.  Gembira sebab banyak minta kerja by email, susah nak dapat respon, apa lagi dipanggil temuduga. Seminggu masa sebelum temuduga, so here's my preparation untuk jawatan PSH ni:

1. Ulang kaji semua pasal peranan/bidang kerja Penolong Pegawai Sains (more pada makmal)
2. Study rules and regulation dalam lab
3. Study tentang safety dalam lab
4. Study sikit pasal nutrition and food management sebab (jawatan ni untuk fakulti perubatan-jabatan pemakanan & dietetik) 
5. Study tentang cara basuh tangan yang betul and all about kebersihan pengurusan makanan and makmal.

Tiba hari temuduga, Alhamdulillah gerak dari rumah about pukul 6.00 pagi sampai Serdang lebih kurang pukul 8.30 pagi. Iv start pukul 9. Ada 4 orang calon including me.  sambil tunggu giliran ada calon yang duduk sebelah ni tegur, borak lah sikit2 and dapat tahu dia pernah jadi research assistant (RA) dekat fakulti tu. Patut lah masa dia sampai ramai staf situ kenal dia. Masa ni dah mula rasa tipis sikit harapan. Sebab ada calon yang ada pengalaman. But I stay positive. Calon pertama dipanggil. Dalam 15 minit lepastu dia keluar. Tanya dia apa yang interviewer tanya?? Dia cakap tak tanya pasal sains pun, tanya pasal account. Mungkin sebab dia amek bisnes. Now i get it. saya baru nak buka nota environment dalam beg  terus nama dipanggil. Okey terpaksa redha. Dalam hati doa banyak2 moga dipermudah je. 

Ada dua orang penemuduga. 1. Pegawai Sains 2. Ketua Jabatan pemakanan & dietatik. Skip the intro,
Jadi ni antara soalan2 yang ditanya:

1. Kamu ambil Environment kan, Apa major subject untuk course kamu ni?
- Waste water engineering, Engineering Lab, Air & Noise pollution control, Scheduled & Municipal waste management

2. Cuba terangkan apa itu e-waste? bagi contoh je
- masa ni memang tak dapat jawab, blur tapi tahu jawapan dia macam komputer tapi just jawab saya tak pasti puan. (malu betul student envi tak tahu soalan senang)

3. Tak apa lah e-waste ni macam sisa bateri
- terus sambung, ye puan bateri, komputer, any other electronic waste

4. Boleh terangkan macam mana scheduled waste management? Macam mana nak uruskan waste tu ea?
- (Allah, mana soalan pasal lab/ science ni?, tak apa recall balik apa yang dah belajar)
- jawab pasal pengalaman practical dekat DOE dulu, how industries manage their schedule waste (SW) such as the responsibility as waste generator
a. terangkan pasal SW perlu diklasifikan macam mana
b. perlu ada label, distor dengan cara yang betul, terangkan cara2 tu
c. also terangkan peranan competent person (CP), kaitkan juga why DOE pentingkan ada cp utk uruskan SW
d.trangkan regulation based on Envi Quality Act, 1974 bagi setiap industri yang hasilkan SW. Also explain why ada regulation SW yang berlainan bagi premis sawit, getah, and premis yang proses SW.
(Alhamdulillah im not really expert but i try my best as environment student. Memang rasa bersyukur sangat atas pengalaman and ilmu yang dapat dari DOE dulu)

5. Jadi awak hanya mendalam pasal SW. Tahu tak macam mana nak handle clinical waste?
- (See, again they asked me about environment. Clinical waste ni tak pernah tgk practices dpn mata, so memang tak boleh nk goreng sangat. tapi go on je sebab memang soalan bidang saya lagi)
- terangkan yang DOE tak uruskan clinical waste. Company/ agensi swasta lain yang handle such as RadiCare. jadi saya tak betul2 mendalam about clinical waste secara praktikalnya.
-still explain roughly about clinical waste management such as contoh2 clinical waste, how to sterilize, how to classify, pengasingan dan how to handle until dispose

6. listkan 3 PPE dalam lab
a. Glove - function glove
b. Lab coat -function lab coat
c. Safety shoes - function

7. Kalau diterima bekerja, akan stay mana? (sebab depa tengok alamat dalam resume jauh dengan serdang)

8. Boleh work under pressure or not? Sanggup kena marah? ( as usual memang jawab sanggup semua asal dapat kerja kan and tu lah lumrah belajar/kerja and even in life)

Tamat and and they said they will call back. Alhamdulillah lega sangat bila dah habis tu. But tak ada rezeki. 2 weeks later still tak dapat call and I know bukan rezeki dekat situ. Cuba lagi next time. Overall interview ni memang lebih pada course yang saya ambil masa study. Mungkin dia cuma nak tengok kita ni boleh bercakap or tak. Terima kasih UPM untuk pengalaman temuduga tu ye =)








Comments

Popular posts from this blog

YES I DO

DONT TAKE FOR GRANTED